
Microsoft Excel merupakan satu aplikasi spreadsheet (lembaran kerja) yang paling popular digunakan untuk membantu dalam pengiraan biasa, pengiraan bentuk berformula, menganalisa data, dan mudah mengolah data dalam bentuk graf.
UNTUK MEMBINA DOKUMEN BARU DALAM MICROSOFT EXCEL
Berikut adalah langkah – langkah untuk membuka dokumen baru :
- Klik butang Office
- Klik New
- Pilih blank network
- Klik butang create
KEMASUKAN DATA SECARA AUTOMATIK
Sekiranya anda mempunyai data sama yang ingin dimasukkan , anada hanya perlu mengisi data pada satu sel sahaja. Data selebihnya boleh menggunakan *autofill* yang disediakan oleh Microsoft excel.
Berikut adalah langkah – langkah untuk mendapatkan data yang diisi secara automatik :
- Isikan dua data ke dalam dua sel
- Gelapkan kedua – dua sel
- Klik pada tanda * +* pada bawah kanan pada sel yang anda klik
- Seretkan sehingga ruang sel yang dikehendaki
MENGUBAH SAIZ LEBAR JALUR DAN SAIZ KETINGGIAN BARIS
Berikut adalah langkah – langkah untuk mengubah saiz lebar jalur :
- Klik pada kepala jalur dan gelapkan sehingga lajur yang hendak diubah saiz
- Klik kanan pada tetikus anda
- Klik column width
- Masukkan nilai ke dalam kotak column width
- Klik butang ok.
SAIZ KETINGGIAN BARIS
- Klik pada kepala baris dan gelapkan sehingga baris yang hendak diubah ketinggian
- Klik kanan pada tetikus anda
- Klik row height
- Masukkan nilai ke dalam kotak row height
- Klik butang ok
MENAMBAH BORDER PADA JADUAL
Sel – sel yang terdapat dalam Microsoft excel sebenarnya merupakan sel yang tidak mempunyai border. Walaupun kelihatan seolah – olah mempunyai border, anda perlulah meletakkan border pada sel yamg dikehendaki.
Berikut adalah langkah – langkah untuk menambah border pada jadual :
- Buka satu fail yang telah diisikan data – data ke dalam sel
- Klik butang office
- Klik *print* dan klik *print preview*
- paparan kepada jadual akan kelihatan
- klik pada butang *zoom* untuk paparan lebih jelas
- klik klik close print preview untuk keluar daripada paparan tersebut
- kembali pada data tersebut dan letakkan kursor ke arah jadual tersebut dan gelapkan kawasan tersebut
- pada kumpulan *font* di tab *HOME* klik butang
- klik * all borders* untuk memastikan border pada setiap sel
- output akan dihasilkan
MENGGUNAKAN FORMULA DAN FUNGSI ASAS
Formula digunakan untuk memberi arahan dalam pengiraan yang akan digunakan dalam Microsoft Excel. Setiap formula yang akan dicipta mestilah bermula dengan simbol "=".
Terdapat beberapa elemen yang boleh digunakan dalam Microsoft Excel
- References : sel – sel yang hendak dijadikan rujukan untuk pengiraan
- Operators : simbol ( +, -, *, /, dll) yang menentukan pengiraan dilakukan
- Constants : Nombor atau nilai teks yang tidak akan berubah
- Functions : Penentuan semula formula dalam excel Predefined formulas in Excel
Bagi mencipta formula asas dalam Microsoft Excel, ikuti langkah – langkah seperti di bawah :
- Pilih sel untuk dimasukkan formula
- Taip * = * dan masukkan formula
- Pilih ruang sel yang hendak dipilih
- Tekan kekunci (Enter)
PUSTAKA FUNCTIONS
Pustaka functions adalah mengandungi banyak fungsi yang berada di tab Formula. Fungsi yang terdapat di dalamnya ialah seperti :
- Auto sum : mudah untuk pengiraan jumlah sesuatu nilai dalam ruangan yang dipilih
- Recently used : Kesemua fungsi terkini yang digunakan
- Financial : Perolehan kaedah, kadar pulangan aliran tunai, dan pelbagai fungsian kewangan
- Logical : And, if, true. False dan lain – lain
- Text : Fungsi berdasarkan teks
- Date & time : Fungsi berdasarkan masa dan tarikh
- Math & Trig : Fugsi matematik
Dengan menggunakan formula dalam Microsoft excel, kadang kala anda akan mendapat ralat dalam sel tersebut. Berikut menunujukkan jenis – jenis ralat yang sering berlaku dan punca berlakunya :
ralat | Punca ralat |
######### | Lajur tidak cukup untuk memaparkan keputusan pengiraan |
#VALUE | Kemasukan data tidak betul |
#DIV/O ! | Percubaan untuk bahagi nilai ke kosong |
#N/A | Nilai tidak sedia untuk dipaparkan |
#NUM! | Nilai nombor yang tidak sah |
#REF! | Sel rujukan yang tidak sah |
#NULL | Penggunaan operator yang tidak betul |
FUNGSI AUTOSUM
Berikut adalah langkah – langkah untuk menggunakan fungsi autosum :
- Bina satu fail
- Letakkan kursor anda anda pada sel yang ingin dijumlahkan
- Klik pada tab formula
- Di kumpulan function library, klk *autosum*, dan klik *sum*
No comments:
Post a Comment