E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, dimana pada peringkat awal ia berfungsi sebagai satu koleksi pakej pembelajaran dan informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja dan ianya juga disampaikan secara elektronik.(Dichantz, 2001)
Dalam era teknologi maklumat kini, penyebaran maklumat berasaskan ilmiah berkembang dengan pesat. Seiring dengan perkembangan ini, semua pihak terutama pelajar perlu bersaing untuk memperoleh banyak maklumat bagi memantapkan pembelajaran mereka. Begitu juga pihak guru, ibu bapa dan masyarakat. Dengan itu, e-pembelajaran menjadi salah satu sumber penting untuk mendapatkan maklumat.
Pembelajaran elektronik yang juga dikenali sebagai e-Learning atau eLearning merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan teknologi komputer sebagai media pengantara dan tidak berlaku intereaksi secara peribadi. Pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran digunakan dalam pelagai konteks. Di Amerika Syarikat, ia ditakrifkan seperti satu pendidikan atau pengalaman pembelajaran terancang yang mengunakan satu spektrum teknologi secara meluas, terutamanya berasaskan komputer dan internet.
Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:
- Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.
- Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G.
- Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa berpindah lokasi.
- Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.
- Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.
Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata:malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai.
No comments:
Post a Comment